Khamis, 15 Januari 2009

TANYA SAMA HATI APA DALAM JIWAMU...

BENARKAH ANDA SUDAH BERSEDIA MEMBOIKOT PRODUK2 ISRAEL ATAU SEKADAR MELAUNGKAN SLOGAN SAHAJA?

Sedih sekali apabila melihat masih ramai saudara2 seIslam membimbit beg2 plastik yang berlogo KFC, tidak kurang juga yg mengunjungi restorannya...tanpa disedari mereka masih lagi memberi sumbangan kepada pihak YAHUDI untuk terus memerangi Umat Islam di bumi PALESTIN. Tidakkah tersentuh perasaan sebagai Umat Islam apabila melihat kejadian yang menimpa saudara2 di Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel. Tidakkah tercuit walaupun sedikit di lubuk hati sebagai Umat Islam, apabila menyaksikan anak2 kecil disembelih tanpa belas kasihan, wanita2 dibunuh dan mereka yang tidak berdosa turut menjadi korban keganasan tentera Israel. Fikir-fikirkanlah...pekalah dengan produk2 yang anda gunakan jika anda tidak mahu menjadi salah seoang penyalur kepada produk2 Israel,sekaligus membunuh saudara2 yang tidak berdosa...

Isnin, 12 Januari 2009

ALLAHU AKBAR!!

"YA ALLAH!!!SEBAGAIMANA ENGKAU PERNAH MENGHANTAR BURUNG2 ABABIL MENGHANCURKAN TENTERA BERGAJAH MUSYRIKIN,MAKA KAMI MEMOHON KEPADAMU YA ALLAH...TURUNKANLAH BANTUANMU KALI INI KEPADA ORG2 ISLAM DI PALESTIN, HANCURKANLAH REJIM ZIONIS SEDAHSYAT2NYA...AMIN..."WAHAI PEJUANG2 ISLAM BANTULAH MEREKA DGN DOA...
Demi saudara kita di sana yg sedang menunggu masa di sembelih

Isnin, 29 Disember 2008

HIJraH

Selamat tahun baru kepada seluruh Umat Islam. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Ya Allah! sempena awal MUHARAM yang penuh barakah ini muliakan & sayangi saudara2 seIslamku yang membaca blog ini. Rahmatilah serta sihat kan tubuh badan dan berkatilah hidup saudara2ku. Kau pertemukanlah mereka dengan HPA dan kau bukakanlah pintu hati mereka untuk mengenali,mendekati dan mengamalkan produk2 yang dihasilkan oleh tangan2 Umat Islam sendiri.Amin...

Rabu, 17 Disember 2008

Hanya Pada Allah


Ayuh Umat Islam...
Bangkitlah dari lena yang panjang...
Marilah kita sama-sama berjuang...
Kembalikan sinar ISLAM...

Isnin, 15 Disember 2008

Salam Aidil Adha

Aidil adha kali ini ku sambut tanpa mak dan ayah tercinta, namun aku bersyukur kerana mereka hanya pergi untuk sementara dan bukan untuk selamanya. Mak dan ayah aku sebenarnya berada di MIRI jaga kakak aku yang baru melahirkan anak kedua mereka.Alhamdulillah Tuhan mengurniakan rezeki lagi selepas kehilangan puteri tersayang yang pernah aku tulis sebelum ini. Kali ini mereka dikurniakan seorang putera, sewaktu Takbir bergema. Allah..hu Akbar.Allah...hu Akbar. MUHAMMAD ADHA...

Ahad, 30 November 2008

SAUDARAKU



















Tolonglah saudaramu ketika ia menjadi seorang yang zalim atau orang yang dizalimi.
Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai saudaranya,sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.
Kedua orang saudara itu laksana dua belah tangan yang membasuh satu sama lain.
Bersedekah kepada orang miskin itu bererti satu sedekah sahaja,sementara sedekah kepada kaum kerabat itu bererti dua sedekah,iaitu bersedekah dan mengutamakan hubungan persaudaraan.
Di sana ada tiga jenis saudara
,saudara yang tidak membalas kebaikan yang anda berikan kepadannya,saudara yang memberikan balasan setimpal dengan kebaikan yang diberikan dan saudara yang sentiasa ingin memanjangkan hubungan persaudaraan tanpa mengejar sebrang kebaikan daripada anda.
Diantara sikap yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada anda ialah memberi salam terlebih dahulu.Anda memanggilnya dengan nama yang paling digemarinya dan anda melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.
Tidaklah halal bagi seseorang Islam untuk menjauhi saudarnya lebih daripada tiga hari.
Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat buat saudarnya.
Hiduplah dengan persaudaraan
Saudara yang besar menjadi pemimpin bagi adik-adiknya.Saudara ynag lelaki menjadi pembela bagi yang perempuan.Maka yang memikul kewajipan lebih berat ketika itu ialah saudara-saudara yang tertua.
Saudara-saudara yang muda harus menghormati dan mengagungkan abangnya.Kalau hal ini tidak dipedulikan,alamat suatu keluarga yang runtuh.
Hubungan yang mesra dan saling menghormati antara anggota-anggota masyarakat akan menimbulkan rasa persahabatan dan persaudaraan yang berkesan
.
















































































































































































































































































































Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.
Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.
Tiadalah yang menyentuhkan kau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan orang yang kau tidak malu kepadanya.
Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.
Manusia yang paliang lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.
Barang siapa menghendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka sesungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,sesungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,sesungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.
Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.
Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.
Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.
Kekayaan menarik sahabat-sahabatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.
Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.
Sahabat yang bebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.
Sahabat yang celaka itu sentiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.
Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.
Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.
Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.
Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.
Supaya engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.
Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.
Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.
Apabila orang soleh memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.
Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.
Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.
Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan.

Rabu, 26 November 2008

Salam Perpisahan


Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu



Sahabat2 yang dikasihi...
01 Julai 2008 adalah memori terindah bagiku...
Pertemuan kita seramai 13 org di cawangan HPA, Amanjaya cukup memberi erti buat diriku...
Memori kita bersama selama dua minggu tidak akanku lupakan...
Setiap kenangan kita bersama akan ku simpan di dalam lipatan sejarah hidupku...
Diharap kalian dapat teruskan perjuangan kita walaupun di mana kalian berada...
Bawalah semangat juang itu bersama2 agar tidak padam dek kemelut yang melanda...
Bayangkanlah setiap wajah2 dan senyuman sahabat2 seperjuangan agar dapat memberi kekuatan dalam diri...
Bagi menempuh segala yang menimpa...
Biarpun antara kita terpisah jauh...Namun..
KITA tetap dekat di HATI..InsyaAllah..

"Nikmat paling MANIS,apabila Allah mentarbiah kita dengan pelbagai UJIAN,
Namun...tautan UKHWAH mampu berhadapan dengan sejuta KESULITAN,
Yang memberi suntikan semangat PERJUANGAN...
Alirkanlah Halawatul Ukhwah , Kesungguhan dalam berjuang melalui ROBITOH HATI.
Ya Allah peliharalah Ukwah kami..."
Khas buat teman2 seperjuangan (Pegawai Pemasara HPA):

K.zura~Jannah~Arfah~Izzah~Yana~Wani~Mira~Pija~Su~Eja~Ila









Jika kesilapan semalam belum terampun,MAAFKANLAH...
Jika kesilapan hari ini menyakitkan, harap LUPAKANLAH...
Jika kesilapan esok mendatang janganlah di bawa ke AKHIRAT...










Selasa, 25 November 2008



Cinta Sejati

Hawa,

Andai engkau masih remaja,

jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,

andai engkau sudah bersuami,jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,

andai engkau masih ibu,didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah...

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin,

jangan kau risau jodohmu,ingatlah Hawa janji Tuhan kita,

wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...

Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,

cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,

biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,

cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu...

Hawa,

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah...

Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah...

Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga...

Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga yang menggoncang iman lelaki...

P/S : Ingatlah wahai sahabatku dan juga diriku...bukan cinta insani yang perlu...didamba...sebaliknya...cinta Ilahi lah penyuluh hidupmu...

Cintakan bunga layu, hancur dan musnah...

Cintakan manusia, manusia akan mati...

Cintakan Tuhan kekal buat selama-lamanya!!


Isnin, 24 November 2008

Kasih Ibu Membawa ke Syurga

Ibuku
Ibu Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku: Sedih Gembira Gelisah Naluri ibumu Bagaikan sebati dalam diriku
Ketika aku sedihKaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis Perasaan yang melunturkan Semangatku
Ketika aku gembira Engkau juga turut berkongsi Kegembiraan yang menyinari saat Aku hidup di muka bumi ini Sebagai manusia
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan Perjalanan hidupku
Ibu Selagi hayat dikandung badan Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua
Ibu Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku Untuk menyayangi Insan yang mulia ini

IBU,IBU..KAULAH RATU HATIKU